Pembangunan Semula Bandar Oxford

Pengangkutan alternatif Oxford

Skim pembangunan semula Westgate hanya merupakan salah satu bahagian daripada skim yang lebih besar yang dicadangkan oleh majlis perbandaran. Skim ini merangkumi perekaan bentuk semula seluruh pusat Oxford untuk menjadikan bandar raya sebagai satu kawasan jalan kaki. Sungguhpun demikian, skim yang berjudul Transform Oxford (Mengubah Oxford) hanya merupakan sebuah rangka tindakan untuk perundingan awam pada peringkat ini, akan tetapi pegawai majlis kaunti yakin bahawa ia akan diluluskan.

Salah satu unsur yang utama ialah rancangan untuk menjadikan Queen Street sebagai sebuah kawasan jalan kaki, dengan perhentian bas dihapuskan pada musim panas yang berikut untuk membuka jalan kepada penghapusan kesemua bas daripada jalan raya itu kelak.

Skim pembentukan kawasan jalan kaki di George Street dan Magdalen Street dujangka akan dilaksanakan pada musim panas 2010, dengan penyingkiran semua lalu lintas Broad Street pada tahun yang sama.

Jurutera jalan raya merancang untuk membentuk semula semua persimpangan jalan Dataran Frideswide yang terletak berhampiran stesen kereta api pada 2011 dengan menggantikan lampu isyarat dengan bulatan untuk memperbaik aliran lalu lintas.